Cara Membasuh Cloth Diapers

Tuesday 19 October 2010


  1. Bagi CD yang baru, prewash 2-3 kali sebelum guna tanpa menggunakan sabun. (Ini adalah untuk menambah baik penyerapan fabrik)

  2. Untuk basuh CD yang telah digunakan, semburkan air ke atas inner yang terkena najis dan buang semua najis kedalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau. Warna
    kuning masih ada?? Jangan risau, serahkan tugas tu kepada mesin basuh dan cahaya matahari..

  3. Semasa sesi basuhan, masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh, boleh guna sabun paling murah di pasaran,gunakan sedikit saja sabun. kira-kira 1/4 sukatan. lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif.Kalau takut CD cepat rosak, gunakan laundry net ye.

  4. JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan cloth diaper/'insert'. anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. simpanan tidak boleh lebih dari 3 hari.

  5. Kemudian jemur seperti biasa. Paling bagus jika dijemur dibawah cahaya matahari.

  6. Lepas dah kering, angkat dan masukkan insert ke dalam pocket pant. Bila nak guna dah ready...

  7. Sebulan atau seminggu sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. biasanya apabila cloth diaper sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.